Allah dimana?

Di media sosial beredar gambar-gambar yang menjelaskan letak Allah sebagaimana berikut

allah-aagym

allah-arsy

Pemahaman seperti ini mirip dengan kaum Jahmiyyah Mujassimah, di mana kaum tersebut adalah kaum yang hanya berpegang teguh kepada zahir-zahir nas [daripada al-Quran dan Hadis yang mutasyabihat].

Pembahasan mengenai ini sudah banyak dan dapat ditemui pada tulisan ulama-ulama terdahulu bahwa Allah wujud (ada) tanpa bertempat. Salah satunya sudah diulas secara apik oleh Blog Generasi Salafus Sholeh dan Penjelasan Allah Ada Tanpa Tempat Ebook (unduh)

Berikut adalah aqidah yang dijelaskan Imam Bukhori berkenaan dengan tema ALLAH ADA TANPA TEMPAT

ALLAH ADA TANPA BUTUH TEMPAT

Aqidah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, para sahabat baginda, para ulama’ salafussoleh, dan aqidah majoriti umat Islam; Ahlussunnah Wal Jama’ah ialah bahawa Allah wujud tanpa bertempat dan tanpa arah. Kita akan banyak menemukan kenyataan para ulama’ terkemuka daripada satu generasi ke satu generasi dalam menetapkan keyakinan suci ini. Keyakinan bahawa Allah wujud tanpa bertempat dan arah juga merupakan keyakinan Syaikhul Muhaddiththin al-Imam Abu ‘Abdillah Muhammad ibn Isma’il al-Bukhari (W. 256 H) yang masyhur dengan gelara IMAM BUKHARI, penulis kitab yang sangat mashur iaitu SAHIH AL-BUKHARI. Para ulama yang datang selepas beliau menuliskan syarah bagi kitabnya tersebut menyebutkan bahawa al-Imam al-Bukhari adalah seorang ahli Tauhid, beliau berpegang bahawa ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.

Salah seorang penulis Syarah Sahih al-Bukhari iaitu as-Syekh ‘Ali ibn Khalaf al-Maliki yang dikenali dengan Ibn Baththal (W. 449 H) menuliskan sebagai berikut:

“غَرْضُ الْبُخَارِيّ فِيْ هَذَا الْبَابُ الرَّدُّ عَلَى الْـجَهْمِيَّةِ الْمُجَسِّمَةِ فِيْ تَعَلُّقِهَا بِـهَذِهِ الظَّوَاهِرِ، وَقَدْ تَقَرَّرَ أَنَّ اللهَ لَيْسِ بِـجِسْمٍ فَلَا يـَحْتَاجُ إِلَى مَكَانٍ يَسْتَقِرّ فِيْهِ، فَقَدْ كَانَ وَلَا مَكَان، إِنَّـمَا أَضَافَ الْمَعَارِجَ إِلَيْهِ إِضَافَةُ تَشْرِيْفٍ، وَمَعْنَى الاِرْتِفَاعِ إِلَيْهِ اِعْتِلَاؤُهُ، أَيْ تَعَالِيْهِ، مَعَ تَنْزِيْهِهِ عَنِ الْمَكَانِ”.

Maksudnya:

“Tujuan al-Bukhari dalam membuat bab ini adalah untuk membantah kaum Jahmiyyah Mujassimah, di mana kaum tersebut adalah kaum yang hanya berpegang teguh kepada zahir-zahir nas [daripada al-Quran dan Hadis yang mutasyabihat]. Padahal telah ditetapkan bahawa Allah bukanlah jisim, Dia tidak memerlukan kepada tempat dan arah. Dia Wujud tanpa ada permulaan [bagi kewujudan-Nya], tanpa arah dan tanpa bertempat. Adapun penisbatan “al-Ma’arij” adalah penisbatan untuk memuliakan (bukan bermakna Allah berada di arah atas). Juga makna “al-Irtifa’” adalah dalam makna bahawa Allah maha suci, Dia maha suci daripada bertempat [iaitu Allah tidak bertempat]”.

(Fath al-Bari, jilid. 13, halaman. 416).

Kenyataan Ibn Bathal ini diriwayatkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam kitabnya Fath al-Bari dan disepakatinya. Dengan demikian bererti keyakinan Allah wujud tanpa bertempat adalah merupakan keyakinan para ahli hadith secara keseluruhannya.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani al-Syafi`e (W. 852 H) berkata dalam kitabnyaFath al-Bari[1]:

“وَلا يَلْزَمُ مِنْ كَوْنِ جِهَتَيْ الْعُلْوِ وَالسُّفْلِ مُـحَالاً عَلَى اللهِ أَنْ لا يُوْصَفُ بِالْعُلْوِ لأَنَّ وَصْفَهُ بِالْعُلْوِ مِنْ جِهَةِ الْمَعْنَى، وَالْمُسْتَحِيْلُ كَوْنُ ذَلِكَ مِنْ جِهَةِ الْحِسِّ، وَلِذَلِكَ وَرَدَ فِيْ صِفَتِهِ الْعَالِيُّ وَالْعَلِيُّ وَالْمُتَعَالِيُّ.”

Maksudnya:

“Dan tidak lazim daripada keadaan dua arah atas dan bawah yang mustahil keatas Allah itu untuk Dia disifatkan dengan tinggi kerana pensifatan-Nya dengan tinggi dari segi makna.Dan mustahil keadaan (tinggi) itudari segi hissi (pencerapan deria iaitu bertempat di atas), dan oleh itu, (sifat-sifat) al-`Ali, al-Aliyy dan al-Muta`ali telah warid dalam pensifatan-Nya”.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani al-Syafi`i (W. 852 H) berkata dalam kitabnya Fathul-Bari[2]:

“اِسْتَدَلَّ بِهِ أَثْبَتَ الْـجِهَةَ وَقَالَ هِيَ جِهَةُ الْعُلْوِ، وَأَنْكَرَ ذَلِكَ الْـجُمْهُوْرُ لِأَنَّ الْقَوْلَ بِذَلِكَ يَقْضِيْ إِلَى التَحَيُّزِ، تَعَالَى اللهُ عَنْ ذَلِكَ”.

Maksudnya:

“Golongan yang cuba menetapkan tempat bagi Allah menggunakan hadis ini (hadis nuzul) sebagai hujah bahawa Allah bertempat di atas, sedangkan jumhur ulama` (iaitulah Ahlussunnah kesemuanya) mengingkarinya kerana perkataan tersebut (Allah bertempat di atas) membawa maksud Allah mengambil ruang (bertempat) sedangkan MahaSuci Allah daripada bertempat [iaitu Allah tidak bertempat]“.

Al-Hafiz Ibn al-Hajar al-`Asqalani al-Syafi`e (W. 852 H) berkata dalam kitabnya Fath al-Bari[3]:

“فَمُعْتَمَدُ سَلَفُ الأَئِمَّةِ وَ عُلَمَاءُ السُّنَّةِ مِنَ الْـخَلَفِ أَنَّ اللهَ مُنَزَّهٌ عَنِ الْـحَرَكَةِ وَالتَّحَوُّلِ وَالْـحُلُوْلِ، لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ”.

Maksudnya:

“Muktamad sebagai pegangan salaf dari kalangan Ahl al-Sunnah dan juga khalaf bahawasanya Allah ta`ala tidak bergerak-gerak, tidak berubah-ubah dan tidak bertempat.Tiada yang menyerupai-Nya”.

INGAT!!! Aqidah Islam adalah meyakini Allah wujud Tanpa Bertempat!!! Allah tidak memerlukan tempat!!!

Hati-hati dengan aqidah kufur iaitu golongan yang mengatakan Allah berada di langit, Allah berada di mana-mana, Allah berada di suatu tempat, Allah berada di atas Arasy, Allah meresap masuk ke dalam diri hamba-Nya, Allah bersatu dengan makhluk-Nya, maka ini semua Aqidah kufur dan orang yang berpegang dengan aqidah tersebut, hukumnya kufur terkeluar daripada agama Islam dan wajib bertaubat dengan segera iaitu mengucap dua kalimah syahadah dengan niat kembali kepada agama Islam.

[1]Ibn Hajar al-`Asqalani (t.t), Fath al-Bari bi-Sharh Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar al-Ma`rifah, j. 6, h. 136.

[2]Ibid, j. 3, h. 30.

[3]Ibid, j. 7.

Source: Ibnu Syafi’ie al Kalantani

Berkenaan dengan hal ini, Imam Bukhori pun dikafirkan oleh Al-Albani. Sungguh terlalu.

imam-bukhori-di-kafirkan

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s